FMP Group merupakan sebahagian daripada Global Friction Supplier yang menghasilkan alat dan komponen brek kereta bagi Original Equipment (OE), Original Equipment Seller (OES) dan pasaran pengguna. FMP Automotive (Malaysia) Sdn. Bhd. dan FMP Group (Thailand) Limited ialah cawangan FMP Group (Australia) Pty. Ltd yang dibuka di Malaysia.

Perniagaan kami bermula sejak tahun 1955 di bawah sebuah syarikat Britain, BBA Group, yang menghasilkan bahan geseran automotif. Pada tahun itu, BBA Group telah menubuhkan sebuah loji pembuatan pelapik brek yang dipanggil Mintex Ltd. di Ballarat, Victoria, Australia. Pada tahun 1963, sebuah syarikat Amerika, Bendix Corporation telah membeli saham sejumlah 51% dari Mintex Ltd. Selepas itu, kedua-dua syarikat itu bergabung dan menjadi Bendix Mintex Pty. Ltd.

Bendix Mintex Pty. Ltd. mula menghasil pad brek pada tahun 1965 dan mereka berjaya mencapai perjanjian Original Equipment (OE) mereka yang pertama dengan General Motors Holden (GMH) di Australia. Setelah itu, Bendix Mintex menjadi pembekal pelapik brek esklusif bagi syarikat Holden. Bendix Mintex terus menembusi pasaran Asia seperti Singapura, Malaysia dan Thailand pada tahun 1970. Di Malaysia, syarikat tersebut ditubuhkan sebagai Don Eastern Sdn. Bhd., iaitu gabungan antara Eastern Agencies (Malaysia) dan Don International (UK) yang merupakan sebahagian daripada BBA Group Plc.
Pada Mei 1991, BBA Group UK telah menjual sebanyak 49% saham Bendix Mintex kepada Pacific BBA. Pada bulan Jun, Honeywell Inc (sebelum itu menggunakan nama AlliedSignal), BBA Group UK dan Pacific BBA Group Ltd. (Australia) telah digabungkan. Melalui gabungan ini, Don Eastern Sdn. Bhd. dan Don Brake Australia telah dibeli oleh syarikat besar ini atas hasil perjianjian yang dicapai. Don Eastern menjadi Don Brake (Malaysia) Sdn. Bhd. pada tahun 1994.
Tahun 1996 merupakan tahun kegemilangan Don Brake Malaysia kerana berjaya menjadi OEM untuk Proton Malaysia. Selepas 2 tahun, syarikat ini menubuhkan loji pembuatan yang pertama di Rayong, Thailand. Pada tahun 1999, Don Brake Malaysia pula menjadi OES bagi Perodua Malaysia. Pada tahun 2002, Bendix Mintex Pty. Ltd. bertukar nama kepada FMP Group (Australia) Pty. Ltd. manakala Don Brake (Malaysia) Sdn. Bhd. menjadi FMP Automotive (Malaysia) Sdn. Bhd.
Pada tahun 2003, FMP Group mula menghasilkan produk yang bebas daripada kandungan asbestos kerana asbestos boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Selepas itu, Bosch telah membeli Pacifica Group Ltd. (Australia) pada tahun 2007. Pada tahun 2015, FMP Automotive (Malaysia) Sdn. Bhd. menerima pengiktirafan MS1164 yang memastikan produk yang dihasilkan sentiasa berkualiti.
Pada tahun 2016, FMP Group telah memperbesarkan loji pembuatannya di Rayong, Thailand.

Garis masa

1955

1955

Pada tahun itu, penghasil bahan geseran automotif BBA Group telah menubuhkan sebuah loji pembuatan pelapik brek yang dipanggil Mintex Ltd. di Ballarat, Victoria, Australia. Loji itu menghasilkan brake lining untuk pelbagai jenis kenderaan di Australia.

1963

1963

Syarikat Amerika bernama Bendix Corporation telah membeli saham sejumlah 51% dari Mintex Ltd. Selepas itu, kedua-dua syarikat itu bergabung dan menjadi Bendix Mintex Pty. Ltd.

1965

1965

Bendix Mintex Pty. Ltd. mula menghasil pad brek pada tahun 1965 dan mereka berjaya mencapai perjanjian Original Equipment (OE) mereka yang pertama dengan General Motors Holden (GMH) di Australia.

1967

1967

Bendix Mintex menjadi pembekal pelapik brek esklusif bagi syarikat Holden.

1970

1970

Bendix Mintex terus menembusi pasaran Asia seperti Singapura, Malaysia dan Thailand.

1973

1973

Di Malaysia, syarikat tersebut ditubuhkan sebagai Don Eastern Sdn. Bhd., iaitu gabungan antara Eastern Agencies (Malaysia) dan Don International (UK) yang merupakan sebahagian daripada BBA Group Plc.

1991

1991

BBA Group UK telah menjual sebanyak 49% saham Bendix Mintex kepada Pacific BBA. Pada bulan Jun, Honeywell Inc (sebelum itu menggunakan nama AlliedSignal), BBA Group UK dan Pacific BBA Group Ltd. (Australia) telah digabungkan. Melalui gabungan ini, Don Eastern Sdn. Bhd. dan Don Brake Australia telah dibeli oleh syarikat besar ini atas hasil perjianjian yang dicapai.

1994

1994

Don Eastern menjadi Don Brake (Malaysia) Sdn. Bhd. pada tahun 1994.

1996

1996

Don Brake Malaysia berjaya menjadi OEM untuk Proton Malaysia.

1998

1998

Syarikat ini menubuhkan loji pembuatan yang pertama di Rayong, Thailand.

1999

1999

Don Brake Malaysia pula menjadi OES bagi Perodua Malaysia.

2002

2002

Bendix Mintex Pty. Ltd. bertukar nama kepada FMP Group (Australia) Pty. Ltd. manakala Don Brake (Malaysia) Sdn. Bhd. menjadi FMP Automotive (Malaysia) Sdn. Bhd.

2003

2003

FMP Group mula menghasilkan produk yang bebas daripada kandungan asbestos kerana asbestos boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

2007

2007

Bosch telah membeli Pacifica Group Ltd. (Australia) pada tahun 2007.

2015

2015

FMP Automotive (Malaysia) Sdn. Bhd. menerima pengiktirafan MS1164 yang memastikan produk yang dihasilkan sentiasa berkualiti.

2016

2016

FMP Group telah memperbesarkan loji pembuatannya di Rayong, Thailand.