Deluxe Organic

Trestor memberikan keutamaan kepada anda supaya mendahului pesaing lain.

Pad brek memberikan rasa pedal yang konsisten pada setiap masa.

Dengan menggunakan teknologi geseran yang canggih, syarikat FMP telah menghasilkan pad brek piring Trestor Deluxe Organic yang memiliki sebatian seramik yang khas supaya dapat memberikan prestasi terbaik semasa diguna. Trestor Deluxe Organic amat sesuai dengan pengguna yang selalu memandu di sekitar bandar ataupun di lebuh raya.

Pad brek piring ini memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan yang selamat semasa memandu.

Berkongsi dengan rakan-rakan anda:
KelebihanFormulasiSpesifikasi teknikal

Sebatian seramik NAO yang canggih:

  • Mengurangkan bunyi bising, menambahkan vibration damping (mengurangkan gegaran)
  • Prestasi brek dan rasa pedal yang konsisten
  • Rotor tidak mudah haus

Trestor Deluxe Organic dicipta khas di Eropah dan Amerika Syarikat, malah ia dibuat daripada sebatian seramik NAO yang mempunyai elastomer sintetik, penstabil geseran organik dan grafit yang dicampurkan untuk menghasilkan brek ini yang berfungsi dengan baik tidak kira apa cuacanya.

Teknologi seramik menyebabkan pad brek tidak mudah haus. Fungsi ini agak penting untuk menghentikan kereta terutamanya pada saat-saat genting seperti pergerakan kereta yang pantas ataupun kereta yang sedang naik dan turun bukit. Pad brek Trestor juga mempunyai rekaan industri yang sesuai dengan kebanyakan jenis kereta, jadi ia boleh dipasang di banyak jenis model kereta.

Ujian ekstensif untuk memastikan keselamatan brek:
Beberapa jenis ujian telah dibuat pada brek Trestor untuk menguji saiz dan taburan partikel, ciri bentuk, kekerasan dan sifat termanya. Hal ini adalah untuk menjamin kualiti yang tinggi bagi setiap produk yang dihasilkan.

Pad brek Trestor Deluxe Organic telah diuji dan ia telah mencapai taraf keselamatan BS AU 142 (UK) dan SAE J661A (USA) yang membuktikan kestabilan pekali daya geseran tidak kira apa-apa jua keadaan.

Syarikat FMP diiktiraf dengan sijil ISO/T 16949. Oleh sebab itu, pad brek Trestor Deluxe Organic lebih senyap, bersih dan memberikan rasa pedal yang konsisten.

Ciri-ciri Kebaikan
Teknologi seramik yang canggih Tidak mudah haus dan rotor boleh digunakan untuk masa yang panjang
NTeknologi NAO (Non-asbestos Organic) Mengurangkan pencemaran alam sekitar dan tidak bising
Rasa pedal yang konsisten Penggunaan brek yang selamat
Kurang habuk Rim roda tidak mudah kotor
Rotor tidak mudah haus Rotor tidak perlu sentiasa diganti
Mencapai taraf BS AU (UK) dan SAE J661A Prestasi keseluruhan yang baik
  • Deluxe Organic
  • Pad brek biasa bagi kenderaan yang selalu dipandu di bandar dan juga sesuai untuk semua jenis cuaca.
  • Formulasi NAO yang canggih dengan sebatian seramik yang memberikan rasa pedal konsisten dan rotornya tidak mudah haus.
  • FF