Metallic Plus

Trestor memberikan keutamaan kepada anda supaya mendahului pesaing lain.

Pad brek memberikan rasa pedal yang konsisten kepada penggunanya dan juga penghentian kereta yang lebih mudah pada saat-saat genting.

Syarikat FMP memiliki teknologi geseran canggih yang membolehkan kami menghasilkan Trestor Metallic Plus dengan menggunakan sebatian khas supaya pad brek ini dapat membantu menghentikan kereta dengan efektif dalam pelbagai keadaan.

Berkongsi dengan rakan-rakan anda:
KelebihanFormulasiSpesifikasi teknikal

Lapisan penebat unik
Trestor Metallic Plus mempunyai selapis penebat khas di antara backing plate dengan bahan geseran yang boleh membantu melekat bahan geseran pada backing plate untuk mengurangkan pengaliran haba. Jika brek kerap ditekan, pad brek Trestor Metallic Plus boleh membantu mengelakkan pendidihan cecair brek dan backing plate tidak akan menjadi terlalu panas. Pad brek ini khas untuk aktiviti pembrekan yang lasak kerana dapat menghentikan kereta dengan cepat, mengelakkan pendidihan cecair brek dan memanjangkan jangka hayat sistem brek.

Pad brek Trestor Metallic Plus merupakan produk premium yang perlu diuji secara terperinci untuk memaksimumkan prestasinya. Pad brek ini mencapai taraf keselamatan BS AU 142 (UK) dan SAE J661A (USA) yang menunjukkan bahawa pekali daya geserannya stabil dalam keadaan yang berlainan, tahan hakis dan bahannya memiliki ciri kebolehmampatan yang tinggi.

Syarikat FMP menjamin kualiti pad brek Trestor Metallic Plus atas sebab pengiktirafan sijil ISO/TS 16949. Kami menggunakan teknologi geseran yang canggih untuk meningkatkan kuasa bagi menghentikan kereta semasa kecemasan di samping memberikan rasa pedal konsisten dan sistem brek yang tidak terlampau panas.

Juruteknik kereta bolehlah mengesyorkan Trestor Metallic Plus kepada pelanggan kerana Syarikat FMP merupakan syarikat terkenal yang sentiasa mahu memastikan produk kami berkualiti tinggi untuk menjamin keselamatan pelanggan kami.

Ciri-ciri Kebaikan
Lapisan penebat unik Brek yang tidak terlampau panas dan rotor yang lebih tahan lama
Teknologi separuh logam Boleh digunakan untuk pelbagai jenis cuaca
Kurang habuk Rim roda tidak mudah kotor
Pad brek lebih tahan lama.
Rotor tidak mudah haus Berfungsi dengan lebih baik apabila suhunya panas.
Mencapai taraf BS AU 142 (UK) dan SAE J661A Prestasi keseluruhan yang baik
Rasa pedal yang konsisten Penggunaan brek yang selamat
  • Metallic Plus
  • Pad brek serbaguna untuk kenderaan pengangkutan barang, kereta yang kerap dipandu di bandar, kenderaan yang selalu naik dan turun bukit dan juga kenderaan berat.
  • Bahan separuh logam yang tahan lama dan mempunyai lapisan penebat yang boleh berfungsi dengan baik apabila suhu menjadi panas
  • FF