Cara Memasang Pad Brek

Brek merupakan sistem yeng penting untuk sesebuah kereta. Brek tidak harus dipasang oleh orang lain yang tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang secukupnya. Anda sepatutnya mendapat bantuan daripada seorang mekanik yang mahir apabila anda ingin memasang brek kereta.

Panduan yang diberi merupakan arahan umum yang boleh membantu juruteknik semasa memasang brek kereta. Walau bagaimanapun, juruteknik haruslah merujuk kepada panduan pengilang kereta jika ingin mendapat maklumat tentang kereta tertentu.

Anda mestilah sentiasa menggunakan alat-alat sesuai yang telah diluluskan semasa memasang brek kereta. Di samping itu, sila memastikan anda telah membaca dan memahami arahan sebelum memulakan kerja pemasangan.

Menaikkan kereta lalu mengeluarkan roda. Kalau tiada hoist kereta, anda boleh menggunakan casis untuk mengangkat kereta manakala roda haruslah disendal supaya tidak bergerak. Jangan memasang brek di bawah kereta yang disokong dengan jack sahaja.

Memeriksa penyepit dan jika terdapat kesan basah yang merupakan cecair brek, maksudnya ada pembocoran pada brek kereta. Membersihkan brek dengan pencuci brek dan komponen. Jangan menggunakan udara yang dimampat, berus yang kering, pelarut yang mengandungi minyak atau petrol untuk membersihkan brek.

Mengasingkan pad brek dengan penyepit. Prosedur ini berlainan bergantung kepada jenis penyepit. Anda boleh memasang brek satu demi satu supaya anda dapat merujuk kepada brek yang lain semasa memasang brek pertama. Mencabut sebarang penunjuk kehausan brek elektronik sebelum memulakan pemasangan.

Penyepit berluncur

Terdapat penyepit yang mempunyai reka bentuk yang membolehkan badan penyepit berputar sementara tergantung pada pin berluncur di atas selepas bolt dikeluarkan daripada pin berluncur di bawah. Memutar badan penyepit supaya menjauhi pendakap brek dan anda bolehlah mencapai pad untuk membuat kerja pemasangan. Berhati-hati supaya tidak merosakkan hos brek.

Terdapat juga jenis penyepit yang kedua-dua bolt perlu dikeluarkan supaya dapat menanggalkan pendakap brek bagi tujuan pembaikian.

Ada juga reka bentuk penyepit yang tidak mempunyai pendakap berasingan, jadi pin berluncur terlekat pada suspension knuckle. Mengasingkan badan penyepit dengan suspension knuckle ataupun anda boleh memutar penyepit sewaktu ia tergantung pada pin berluncur atas supaya boleh mencapai pad brek.

Pin dan klip digunakan untuk menyokong badan penyepit supaya berlekat pada pendakap dalam sesetengah reka bentuk penyepit. Sila merujuk kepada panduan pengilang jika ingin mengeluarkan penyepit untuk mencapai pad.

Pad ini mungkin terletak di dalam badan penyepit dan disokong oleh klip dan pegas, ataupun terletak di dalam pendakap. Memberi perhatian kepada susunan klip apabila mengeluarkan penyepit. Pegas brek mungkin tegang, jadi anda harus berhati-hati semasa mengeluarkan penyepit.

Penyepit piston bertentangan

Kebanyakan penyepit piston bertentangan mempunyai tingkap di ‘jambatan’ penyepit supaya anda boleh membuat pemasangan dan membaiki pad. Sebenarnya, pad terletak di dalam penyepit dengan bantuan pin dan klip. Mengeluarkan pin dan klip lalu mendapatkan pad melalui tingkap tersebut.

Ada juga penyepit yang perlu dikeluarkan daripada suspension knuckle untuk mencapai pad brek.

Reka bentuk penyepit lain

Untuk reka bentuk penyepit yang lain, sila merujuk kepada panduan pengilang.

Mengeluarkan penyepit daripada suspension knuckle (jika tidak mengeluarkan semasa Langkah 3) dan berhati-hati supaya tidak merosakkan hos brek. Memasang penyepit pada kereta dan memastikan posisinya tidak menekan hos brek yang mungkin merosakkannya.

Memeriksa keadaan pad lama. Jika terdapat kesan haus yang tidak sekata, anda mungkin perlu membaiki atau menggantikan penyepitnya. Sila mengikuti peraturan tempatan semasa membuang pad brek lama supaya tidak mencemarkan alam sekitar.

Memeriksa penyepit bagi memastikan but habuk dan penutup dalam keadaan baik dan juga permukaan luncur tidak mengalami kerosakan. Bagi penyepit berluncur, membubuhkan pelincir pada pin berluncur dan memastikan mereka dalam keadaan baik, lurus dan ia boleh meluncur dengan mudah.

Memastikan hos brek dalam keadaan yang baik. Gantikan komponen yang sudah rosak.

Kalau penyepit tersebut mempunyai piston yang perlu dipijak, pastikan anda mengikuti langkah yang diberi oleh pengilang semasa menanggalkan atau memasangkannya.

Rotor sepatutnya digilap kalau anda ingin menggunakannya lagi. Gunakan mikrometer untuk mengukur jejari rotor pada permukaannya untuk mengetahui ketebalannnya. Ukuran yang paling nipis direkodkan. Jika kenipisan rotor jatuh di bawah ukuran minimum (atau ia akan menjadi kurang selepas digilap), sila menggantikan rotor tersebut.

Kalau anda tidak boleh menggilap apabila rotor masih dipasang pada kereta, mengeluarkan rotor brek dengan mematuhi arahan yang diberi oleh pengilang. Jika bearing roda terbina bersama rotor dan ia perlu digantikan, anda harus menggantikannya sebelum menggilapnya.

Menggilap rotor dengan kadar yang paling rendah. Pastikan rotor tidak digilap dengan terlalu kuat. Gilapan terakhir haruslah dibuat dengan perlahan-lahan supaya tidak meninggalkan kesan lurah pada permukaannya.

Selepas penggilapan, membersihkan kedua-dua permukaan rotor dengan menggunakan kertas las 240 grit untuk menghasilkan permukaan yang licin. Bersihkan rotor dengan pencuci brek dan komponen. Kalau rotor dikeluarkan daripada kenderaan, sila memasang rotor mengikut arahan pengilang.

Gunakan tolok dail untuk mengukur kehausan rotor. Jika rotor terletak pada roda, gunakan nat roda untuk mencari rotor.

Kehausan rotor tidak seharusnya melebihi 100µm (0.1mm). Kalau kehausan terlalu banyak, pemeriksaan yang lebih mendalam diperlukan. Rotor, hub atau komponen suspension mungkin sudah rosak.

Memasang pendakap (bagi penyepit berluncur) atau badan penyepit (untuk penyepit piston bertentangan) pada suspension knuckle. Ketatkan bolt mengikuti keketatan yang dicadangkan oleh pengilang. Jika pad perlu dipasang sebelum pemasangan penyepit, menyiapkan Langkah 10-11 sebelum memasang penyepit.

Mengepit hos brek dan membuka skru pada penyepit. Gunakan hos untuk mengalirkan cecair brek berlebihan ke dalam bekas yang sesuai sewaktu menolak piston ke dalam penyepit. Anda haruslah menolak piston dengan menggunakan tangan atau menggunakan alat menarik balik piston. Memastikan semua piston boleh bergerak semasa tidak diikat. Berhati-hati supaya cecair tidak terkena kulit, baju atau barang yang dicat.

Anda perlu menggunakan cara lain untuk menarik balik piston bagi penyepit yang mempunyai brek letak kereta bersepadu. Dapatkan panduan pengilang untuk menarik balik piston ini.

Pasangkan brek pad baru pada badan penyepit atau pendakap dan memasang semula penyepit. Untuk penyepit berluncur, memasang badan penyepit pada pendakap dan mengetatkan bolt mengikut arahan pengilang. Pastikan semua klip, pin dan lain-lain dipasang dengan betul.

Selesaikan penukaran pad dan memeriksa semua brek.

Pamkan cecair brek sehingga semuanya keluar dan menggantikan cecair dengan cecair brek yang baru jika ia sudah tidak ditukar selama setahun. Cecair brek perlu ditukar setiap dua tahun kerana cecair brek akan menyerap air dari persekitaran dan keadaan ini akan menjejaskan prestasi cecair brek. Merujuk kepada pengilang untuk mendapat spesifikasi cecair brek yang betul.

Membersihkan empangan silinder utama dengan pencuci brek dan komponen sebelum membukanya supaya cecair brek tidak tercemar. Tuangkan brek cecair yang baru ke dalam empangan. Mulakan dari roda yang paling jauh dari silinder utama dan pamkan cecair brek yang baru ke dalam sistem brek. Kumpulkan cecair brek lama dalam bekas yang sesuai dan membuangkannya dengan mematuhi arahan tempatan.

Mengeluarkan cecair brek secara keseluruhannya dengan mengikuti prosedur yang dicadangkan oleh pengilang. Berikan perhatian kepada langkah-langkah untuk mengeluarkan cecair brek.

Pijak brek beberapa kali untuk menyesuaikan pad brek dan piston pada posisinya. Tambahkan cecair brek lagi jika perlu. Kalau anda berasa brek longgar, mengulangi Langkah 14. Pasangkan dan selaraskan brek letak kereta mengikuti arahan pengilang. Mengelap rotor lagi dengan pencuci brek dan komponen.

Pasangkan roda, turunkan kereta dan mengetatkan nat roda dengan keketatan yang dicadangkan. Cuba memandu kereta unuk memastikan brek berfungsi dengan betul.

Ikuti panduan untuk menyesuaikan pad brek.

Sistem brek seharusnya diperiksa sekali setahun oleh mekanik yang mahir. Jika anda selalu memandu untuk jarak yang panjang, anda seharusnya membuat pemeriksaan dengan lebih kerap.