ABS/ESC dan Pad Brek Gantian
Petikan daripada artikel yang ditulis oleh Thomas Hall
Diterbitkan semula oleh Brake and Front End
Biasanya, anda boleh membuat pilihan antara pad brek yang berlainan gred semasa menempah pad brek di bengkel.
Pad brek yang baik, sangat baik dan yang terbaik dikategorikan mengikut harga dan jenama, bukannya data kujuruteraan yang kukuh. Kadangkala, mekanik tidak dapat membuat pilihan dalam hal tempahan pad brek kerana ejen yang hanya membeli stok yang tertentu.
Kini, ramai ejen yang mengutamakan keuntungan dan mengabaikan teknologi dan prestasi semasa menempah pad brek. Hal ini akan menyukarkan pelanggan yang ingin membeli brek yang paling sesuai untuk kenderaan mereka kerana pilihan yang terhad. Apakah kesan pad brek gantian pada ABS, cengkaman dan kestabilan sistem brek?
ABS, TCS dan ESC
Sebelum memasang pad brek, setiap orang haruslah bertanya kepada diri:
Adakah pemasangan pad brek gantian mendatangkan kesan buruk kepada sistem keselamatan yang disambung dengan brek?
Dapatkah sistem keselamatan ini menyesuaikan diri dengan pad brek yang berbeza?
Anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang sistem kawalan casis, sokongan “brek roda”, dasar pengendalian dan strategi kawalan brek. Terdapat lima sistem kawalan casis utama yang dipasang pada kenderaan. Sistem ini standard bagi sesetengah kenderaan tetapi bagi kereta lain, pemilik kereta boleh memilih sama ada untuk memasang sistem ini atau tidak.
Lima Sistem Kawalan Casis
-
ABS (Anti-Lock Brake System)
Sistem ini merupakan asas kepada teknologi lain. Fungsi utama ABS adalah untuk mengawal roda kenderaan supaya tidak mudah tergelincir. Hal ini adalah untuk meningkatkan keupayaan roda untuk berhenti semasa membelok.
EBD (Electronic Brake Force Distribution) merupakan cabangan ABS
Sistem ini menggantikan fungsi injap keseimbangan tradisi dan ia boleh menyeimbangkan depan dan belakang kenderaan dalam apa-apa jua keadaan.
TCS (Traction Control System) bertentangan dengan ABS
TCS membekalkan kuasa cengkaman longitud semasa kereta memecut dan ia memadankan kuasa enjin dengan cengkaman pada permukaan jalan.
ESC (Electronic Stability Control)
Teknologi ini memadankan pergerakan kereta dengan cara pemanduan pemandu. Kalau kedua-duanya tidak sepadan, ia bermaksud kenderaan anda understeer atau oversteer. Setelah salah satu keadaan ini dikenal pasti, sistem brek ini diaktifkan dan ia akan memutarkan roda kenderaan sehingga kenderaan berada dalam keadaan memandu yang betul.
-
RSC (Roll Stability Control)
Sistem yang canggih ini menilai kecenderungan kenderaan untuk membalik apabila menekan brek semasa kereta membelok pada kelajuan yang tinggi. Jika sistem mengesan bahawa kenderaan akan membalik, roda sebelah akan dibrek dengan kuat supaya kereta akan meluncur dan bukannya terbalik.
Pengiraan algoritma bagi sistem ini sangat rumit dan mengandungi beribu-ribu parameter berasingan yang diselaraskan khasnya untuk kenderaan tertentu dan sistem brek kenderaan tersebut. Parameter ini dicipta, diubah dan diselaras berdasarkan pergerakan, kelajuan dan keadaan jalan.
Selepas kerja yang rumit dalam pembinaan sistem ini, apakah kesannya jika sebuah set bahan geseran yang berlainan dipasangkan pada kenderaan atau pada salah satu gandar? Adakah ia akan merosakkan sistem brek kereta?
Kita perlulah memahami sistem ini dengan lebih mendalam untuk mengetahui kesannya. Dalam sistem ini, kawalan komputer sedang memerhatikan operasi sistem dan ia akan memberikan isyarat apabila berlakunya keadaan yang tidak memuaskan.
Sistem ini akan memerhatikan kelajuan setiap roda, pengurangan kelajuan, tenaga yang dihasilkan oleh enjin, kadar putaran, pecutan lateral, kadar membalik dan lain-lain. Komputer mengumpulkan semua maklumat untuk menentukan pergerakan kereta bagi memastikan ia sepadan dengan cara memandu pemandunya. Jika kedua-duanya tidak secocok, ia akan cuba mengubahkannya. Komputer akan cuba memutarkan brek roda. Sistem ini tidak boleh mengawal kuasa putaran (torque) secara langsung tetapi hanya dapat membuat perubahan kepada tekanan hidraulik.
Pembetulan yang dibuat merupakan penambahan, pengurangan atau penghentian kuasa putaran. Arahan putaran yand berlainan dibentuk bagi setiap roda. Tekanan hidraulik dalam sistem brek bertukar kepada kuasa memutar roda.
Keliruan putaran (torque)
Setiap kali komputer memberi arahan untuk mengubah tekanan hidraulik, sistem akan mengubah kuasa putaran roda sebagai cara pembetulan.
Sila ingat bahawa kuasa putaran akan menyebabkan kereta bertindak balas. Jika anda menukar pad yang mempunyai nilai geseran yang berbeza, maksudnya anda telah membuat perubahan besar terhadap sistem ini.
Oleh sebab itu, sistem ini tidak dapat memberi tindak balas yang betul untuk mencapai keputusan yang optimum. Sistem ini berfungsi berdasarkan prinsip “feedback control”. Maksudnya, sistem telah membuat taksiran yang paling sesuai dan cuba membetulkan keadaan ini. Kemudian sistem ini akan memerhatikan perubahannya.
Kalau perubahannya tidak memuaskan, sistem ini akan membuat pengiraan lagi dan membuat perubahan. Kitaran ini akan berterusan kerana sistemnya akan memeriksa perkembangannya 100 kali setiap saat sambil membuat perubahan sebanyak 10-15 kali dalam satu saat dengan arah yang berlainan.
Nilai geseran akan berubah apabila bahan geseran yang berlainan dipasang. Hal ini akan menyebabkan tindak balas yang lebih lambat berbanding dengan bahan geseran asalnya. Dalam banyak kes, sistem akan membuat perubahan berdasarkan “kesalahan” yang dibuat oleh pad baru. Walau bagaimanapun, proses ini menjadi lambat kerana sistem memerlukan masa yang lebih banyak untuk membuat pembetulan yang akan menjadikan breknya tidak begitu efisien.
Sistem masih akan berfungsi dan terus membuat perubahan pada kawalan kenderaan dan keselamatan. Sistem ini mudah menyesuaikan diri dengan bahan geseran baru, tetapi tidak sebagus dulu. Keadaan ini juga tidak mudah dikesan di tempat pemandu.
Jika anda menimbang jarak untuk berhenti, pembetulan stereng, reaksi pedal brek dan sebagainya, anda akan menyedari bahawa sistem brek sedang merosot.
Sistem berupaya untuk meminimumkan kesan-kesan ini, oleh sebab itu biasanya pemandu kereta tidak akan mempertimbangkan faktor-faktor ini semasa membeli pad brek.
Ciri-ciri bagi sejenis bahan geseran tidak mudah ditiru. Semua juruteknik harus ingat bahawa OEM, pembekal kepada OEM (seperti FMP) dan pembina sistem telah menghabiskan banyak masa dan wang untuk menyelaras sistem ini supaya dapat berfungsi dengan baik apabila dipasang pada kenderaan tertentu.
Sistem ini dibina untuk memastikan prestasi brek yang sempurna dalam apa-apa keadaan seperti hujan lebat dan juga semasa kecemasan. Oleh sebab itu, anda perlulah berfikir dengan teliti sebelum membeli pad brek. Kami telah menyediakan beberapa tip untuk anda:
Sentiasa memilih pad gantian yang berkualiti tinggi yang serupa dengan pad lama. Pad brek dibina di makmal terbesar yang terletak di Hemisfera Selatan dan mereka sesuai diguna di atas kebanyakan jenis permukaan jalan.
Kalau anda tidak membeli pad gantian yang berkualiti tinggi, pastikan anda memilih bahan yang mempunyai nilai geseran yang sama dengan pad asli (EE, FF dan lain-lain) dan anda mestilah menukar keempat-empat roda. Hal ini dapat memastikan nisbah brek depan dan belakang dikekalkan.
Jangan menggantikan brek belakang dengan pad yang mempunyai tahap geseran yang lebih tinggi daripada nilai yang dicadangkan. Perbuatan ini akan menambah pembrekan belakang apabila kereta bergerak di permukaan jalan tertentu. Terdapat pad murah di pasaran yang dikatakan sesuai bagi semua jenis kereta tetapi sebenarnya tidak dan ia akan mendatangkan bahaya kerana tidak sepadan dengan elektronik yang dipasang pada kereta.
Brek yang dipasang pada kenderaan moden tidak hanya berfungsi untuk menghentikan kereta. Bahan geseran merupakan elemen yang penting dalam sistem brek kereta. Untuk mengekalkan prestasi optimum sistem brek, pengguna perlulah tahu tentang implikasi yang dibawa oleh brek gantian supaya mereka dapat membuat keputusan yang betul semasa membeli brek.
Kami mencadangkan supaya anda merujuk kepada Panduan Penggunaan Pad Brek untuk mengetahui jenis pad brek yang paling sesuai untuk pelanggan anda.
sales@fmpauto.com.my
contact@fmpgroup.com

