Beberapa tahap kehausan brek cakera dan kasut brek

Pad haus sepenuhnya

Huraian

Backing plate logam terdedah kerana bahan geseran telah haus dengan sepenuhnya. Apabila menggunakan brek, permukaan logam backing plate ditekan pada permukaan rotor yang menyebabkan kerosakan dan kehausan yang akan mengeluarkan bunyi bernada tinggi.

Brek tidak secekap dulu dan ia boleh menyebabkan kegagalan brek. Cakera rotor yang rosak perlu digantikan. Untuk mengelakkan keadaan ini, ketebalan pad brek harus disemak sekali setahun dan pad yang haus haruslah digantikan apabila ketebalannya menjadi 20-30% daripada ketebalan asalnya.

Permukaan pad sumbing

Huraian

Terdapat sumbing dan lubang pada permukaan brek pad yand disebabkan oleh bahan mentah gred rendah dan teknologi proses penghasilan yang buruk. Hal ini boleh menyebabkan kereta menghasilkan bunyi bising dan jarak yang diperlukan untuk menghentikan kereta juga panjang. Seluruh permukaan geseran dikurangkan dan ia akan mempercepatkan proses penghausan pada pad brek.

Bagi mengelakkan keadaan ini, anda haruslah memilih komponen berkualiti tinggi yang dipasang dengan menggunakan teknologi bahan geseran yang canggih dan mempunyai jaminan kualiti.

Permukaan geseran yang “botak”

Huraian

Terdapat kesan hitam pada permukaan pad akibat penggunaan yang terlalu kasar ataupun penghentian kereta pada kelajuan yang tinggi. Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh bahan gred rendah atau nilai geseran yang tidak sepadan dengan kereta atau gaya memandu seseorang. Pad yang telah “botak” juga menghasilkan bunyi bising dan memanjangkan jarak penghentian kereta.

Anda haruslah memilih bahan geseran yang secocok dengan penggunaan kereta dan gaya memandu anda.

Permukaan yang licin dan berkilau

Huraian

Permukaan pad menunjukkan kesan bulatan yang berkilau akibat penggunaan bahan mentah gred rendah dalam proses penghasilan. Masalah seperti brek yang tidak efisien, jarak penghentian kereta yang panjang dan bunyi bising akan timbul. Hal ini disebabkan oleh kekerapan penggunaan pedal tekanan rendah. Untuk memastikan brek anda sentiasa berfungsi dengan baik, anda mestilah memasang pad brek cakera yang berkualiti tinggi.

Pad brek yang melekat

Huraian

Backing plate yang lama digunakan lagi dan ia telah melekat pada bahan geseran (pucks) kerana menggunakan teknologi yang tidak canggih, alat pelekat yang buruk dan bahan geseran yang berkualiti rendah. Walaupun penggunaan semula backing plate yang lama lebih murah harganya, tetapi pucks akan dipisahkan dan boleh menyebabkan kegagalan brek. Backing plate yang lama tidak harus digunakan lagi. Anda mestilah menggunakan pad brek yang baru dan lengkap yang mempunyai jaminan kualiti.

Pedal yang keras

Huraian

Bahan geseran mungkin mengandungi serat logam yang berfungsi untuk menambahkan pergeseran dan memendekkan jarak penghentian kereta yang sesuai untuk kereta yang laju ataupun penggunaan brek yeng kerap. Pad brek yang dibuat daripada bahan separuh logam sememangnya lebih mahal dan breknya berfungsi dengan lebih baik apabila suhunya menjadi tinggi. Pijakan pedal akan lebih keras berbanding dengan brek yang mengandungi bahan NAO.

Habuk berkumpul di rotor

Huraian

Partikel logam yang terkumpul pada permukaan geseran akibat habuk logam yang dihasilkan oleh cakera rotor logam yang berkualiti rendah. Rotor akan mudah haus dan memanjangkan jarak penghentian kereta. Lurah yang dalam boleh dinampak pada permukaan rotor yang akan menghasilkan bunyi bernada tinggi.

Drum lining yang “botak”

Huraian

Kesan yang gelap dan berkilau pada permukaan lapisan geseran disebabkan oleh lapisan yang terlalu tebal dan kasut brek yang berkualiti rendah. Pemasangan yang tidak betul juga mengakibatkan kehausan yang tidak seimbang dan kenaikan suhu. Anda seharusnya mendapat bantuan daripada mekanik dan menggunakan kasut brek yang berkualiti tinggi.